Thursday, December 19, 2013

Hari ke-9

Hari ini rasa kenyang sangat... Penangan makan di DoubleThree semalam... Sebenarnya kami dapat voucher makan ini daripada abang dan kakak ipar...siap ugut lagi suruh pergi...kalau tidak pergi takkan bertegur sapa selama setahun...hehehe...layankan ajelah:)
Makanan di sini dibahagikan kepada 4 bahagian, masakan Melayu, China, India dan Barat. Boleh tahan sedap jugaklah makanan di sini sampaikan tak larat nak jalan...hehehe

Jadi, hari ini hanya masak bubur nasi halia sahaja...Sebab Cinta Hati cakap masih kenyang cuma rasa tak sedap perut aje...Resipi masak bubur nasi sama macam bubur nasi yang lain...Letak beras, air, garam cuma saya tambahkan sedikit halia dalam bubur nasi dan masak sehingga jadi bubur...hehehe...Kemudian, saya gorengkan ikan bilis, bawang, kacang dan letak cili sebab saya sukakan ada rasa pedas dalam bubur nasi yang saya makan... Kalau nak tambah lauk atau selebihnya terpulang kepada citarasa masing-masing untuk mempelbagaikannya...Bagi saya dan cinta hati bubur nasi yang macam ni pon cukup untuk kami berdua

Bubur Nasi Simple


Tuesday, December 17, 2013

Hari ke-8

Smlm projek memasak tidak dapat dilaksanakan...Pagi semalam cinta hati suruh panaskan aje spageti kemarin...Dia sarapan spageti sampai tambah 3 kali...Nampaknya penangan spageti memang betul-betul dasyat...hehehe...Selepas itu, kami berkumpul di rumah ibu mertuaku untuk rancangan bersiar-siar ke Bukit Tinggi membawa mak tok, ibu saudara dan sepupu cinta hati yang datang dari kampung....:)

Bukit Tinggi

Ok, kita sambung balik tentang projek memasak saya...Hari ini merupakan hari kelapan projek memasak saya... Seminggu sudah berlalu... Hari ini sarapan jemput-jemput kentang...Cinta hati memang suka sangat makan jemput-jemput kentang ni...Jemput-jemput buatan saya ini mewah dengan kentang, ikan bilis dan bawang...Taraa.. Inilah hasil jemput-jemput kentang buatan saya.:))


Resipi Jemput-Jemput Kentang
2 biji kentang (dipotong kecil)
1 biji bawang besar (Diracik halus)
segenggam ikan bilis
2 cawan tepung gandum
sedikit air
Garam secukup rasa

Cara-cara Membuatnya
  1. Masukkan tepung, kentang, bawang, ikan bilis, garam dan air. Gaul rata semuanya sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak. 
  3. Goreng jemput-jemput sehingga masak dan kekuningan.
  4. Angkat dan hidangkan.



Monday, December 16, 2013

Hari ke-7

Hari ni rasa macam nak makan spageti...Jadi kirim kat cinta hati bahan-bahan nak buat spageti...
Tarra...inilah hasilnya:)


Cinta hati bagi 200 bintang...yahooo...Namun apa yang penting cinta hati suka...dan bila tengok dia makan tambah sampai 3 kali itu sudah cukup membahagiakan bagi seorang isteri...tak perlu kata apa2 rasanya penat lelah memasak tu berbaloi-baloi...hehehe

Resipi Spageti Bolognese 

Bahan-bahan
1 paket spageti (direbus sehingga lembut)
400 gram daging kisar
1 tin cendawan butang
1 batang lobak merah ( dipotong dadu)
4 biji tomato (dipotong dadu)
2 biji labu besar (dikisar)
10 ulas bawang putih (dikisar)
1 tin tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air
sedikit minyak masak
2 sudu oregano
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar. Goreng sehingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
  3. Masukkan tomato puri , lobak merah yang dipotong dadu dan sedikit air.
  4. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, cendawan butang, tomato yang dipotong dadu dan garam.
  5. Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan serbuk oregano.
  7. Angkat dan tuang di atas spageti.


Sunday, December 15, 2013

Hari ke-6

Baru sahaja balik dari Kenduri Aqiqah & Kesyukuran Amalina Azalea Farahannah...Dapat pulak berkat, jadi nampaknya hari ni projek memasak tak jadi lagi...Seperti yang dijanjikan saya akan pos gambar kek red velvet yang hasilkan..Kek ini dibuat khas untuk Alyssa...Slmt hari lahir Alyssa..Aunty Vee harap Alyssa sukakannya....

Kek Red Velvet (Rose Swirl)

Untuk cupcakes red velvet...ramai yang puji dan tanya tadi sape yang buat...hehehe...siap kate makan satu tak cukup nak makan lagi...Alhamdulillah ramai yang menyukainya...Sbb saya ni jenis tak berapa suka makan kek.. suka buat dan tengok orang makan sahaja...:) Ok sampai di sini dulu....

Saturday, December 14, 2013

Hari ke-5

Hari ini tak sempat nak memasak...Masih menyiapkan kek dan kek cawan red velvet...Jadi hari ni cinta hati makan kek cawan jelah...Dia kate sedap...leh makan lagi...hehehe....

Taraaa...Inilah hasil kek cawan red velvet yang saya hasilkan, comel tak???


Ini pula hasil 200 kek cawan red velvet untuk kenduri aqiqah  Amalina Azalea Farahannah esok...

Skrg ni belum selesai mendeko kek red velvet..cadang nak deko macam rose swirl tapi tak taulah jadi ke tak...kalau dah siap nanti saya pos kat sini kay...Ok sampai di sini dulu...Selamat Malam:)


Friday, December 13, 2013

Hari Ke-4

Hari ini terlalu sibuk menyiapkan cupcakes untuk kenduri hari Ahad ini...Jadi, hanya ini sahaja yang dapat dibuat untuk cinta hati saya...Tu pon dengan menggunakan puff pastri kawan....Tak sempat nak menguli pastri sendiri...Tapi takpelah sekurang-kurangnya usaha untuk memasak hari ni tercapai jugak...hehehe


Saya cuma tambah sardin sebagai intinya...Kalau nak pakai tuna pon bole...Ikutlah citarasa masing-masing nak bubuh inti apa...Kemudian bakar di dalam oven 175 darjah lebih kurang 10 minit atau sampai kekuningan..Taraa inilah hasilnya...

Karipap Sardin


Hidangan ni sesuai untuk minum petang...Cinta hati bagi 100 bintang...hihihi...Agaknya dia pon dah tak tau nak bagi bape bintang dah...Walau apa pun seronok tengok cinta hati saya makan...Esok operasi mendeco kek cawan & kek red velvet ngan cream cheese frosting... Smpi sini dulu...Slmt Malam :))


Wednesday, December 11, 2013

Hari Ketiga...

Hari ni nak masak apa yek??? Bangun tidur terus pegi dapur nampak pisang....pisang 40hari yang abah bekalkan masa balik kampung minggu lepas, dari tak dimakan baik dibuat sesuatu...Teringin nak makan lempeng pisang...Macam sedap jek.. So, google search cari resipi lempeng pisang....dalam banyak2 resipi, resipi pilihan ialah dari blog Che Mat Gebu sebab bahan-bahan yang ada menepati kriteria membuat lempeng idaman...chewahhh...amacam ayat power tak...hihihi :))

Resipi Lempeng Pisang Che Mat Gebu

Bahan-bahan
3 biji pisang montel saiz besar ( saya guna pisang 40hari adalah dalam 15 biji)
3/4 cawan kelapa parut putih
1/4 camca teh garam
1/2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)- sbb takde saya cuma guna tepung gandum ditambah dengan 1/2 camca teh baking powder dan secubit soda bikarbonate yang diayak.

Cara Membuatnya :
  1. Lenyek pisang hingga lumat. Masukkan kelapa parut, garam dan tepung, gaul rata-rata hingga semua sebati. Rehatkan sekejap.
  2. Panaskan non-stick pan dengan sedikit minyak masak. Cedok adunan dan tuang dalam pan, ratakan dan masak dengan api perlahan hingga permukaan lempeng nampak pucat. Terbalikkan dan masak hingga perang.
  3. Angkat dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan. Lenser dengan sedikit minyak pada pan setiap kali membuat lempeng pisang. 
Tarra...inilah hasilnya...Cinta hati bagi 20/5 bintang...Hidangan ni sesuai untuk sarapan pagi dan minum petang...Ditambah pula minum dengan air kopi feberet cinta hati...yummy:)))


Lempeng Pisang


Ok babai...nak pergi buat 200 cupcakes Red Velvet untuk kenduri anak sedara hari Ahad ni...:)))

Tuesday, December 10, 2013

Hari Kedua...


Ari ni masak simple aje...Ayam masak paprik..Tengok resipi Chef Hanieliza tapi tak cukup bahan-bahanlah pulak..Jadi, saya gunakan aje apa yang ada...Yang penting masak dari hati yang ikhlas..sbb kalau kita masak dari hati mesti sedap kan...kan...kan...Hasilnya, cinta hati bagi 50/10 bintang..hihihi...Balik-balik dari kerja cinta hati tanya hari ni masak apa??? Ayam percikk semalam ada lagi tak?? Dia nak makan ngan roti...Kesian En Suami sebab ayam percik semalam dah tak de...lain kali sayang masak lagi kay...:)

Resipi Ayam Paprik

Bahan A
300 gram ayam
1/2 batang lobak merak
100 gram kubis bunga
1 labu bawang besar
1 biji tomato

Bahan B (Untuk Sos)
5 sudu kicap manis
5 sudu sos cili
5 helai daun limau purut
1 batang serai (diketuk)
3 biji cili hijau (diketuk)
1 biji cili besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 cawan air
Minyak masak

Cara Membuatnya
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, cili api, halia dan serai sehingga wangi.
  2. Masukkan ayam dan kacau rata.
  3. Masukkan lobak merah, cili merah, kicap manis, sos cili dan air. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan kubis bunga.
  5. Apabila mendidih masukkan daun limau purut dan kacau. Kemudian, tutup api.
Taraaa...Inilah hasilnya...Cinta hati kate, leh bukak restoren ni...Hihihi.. Aku senyum sampai ke telinga :)... Sayang masak hanya utk abg sorang aje, kataku... :))


Ayam Paprik




Hari Pertama

Assalamualaikum...

Hari ini mencuba 1 resipi baru utk cinta hati saya...Resipi dari Chef Hanieliza ni mmg sedap...Gembira bila cinta hati saya bagi 20/10 bintang...hihihi :))))

Ayam Percik 

Sape-sape yang nak cuba resipi ni, saya lampirkan resipinya... Mudah saja..

Resipi Ayam Percik Chef Hanieliza

Bahan A
1 ekor ayam (dipotong 4 bahagian)
3 cawan santan pekat (1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makan halba
Garam secukupnya

Bahan B (Dikisar)
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
5 batang serai

Cara-cara Membuatnya :

  1. Bersihkan ayam dan toskan. Gaul dengan garam.
  2. Masukkan ayam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan pekat, halba, air asam jawa dan gula sehingga sederhana masak (sehingga kuahnya tinggal sedikit). Tetapi pastikan segala rempah telah sebati dengan ayam.
  3. Letakkan ayam di atas pemanggang dan bakar di atas dapur sehingga nampak garing.
  4. Hidangkan dan hiaskan dengan salad, timun dan tomato.