Tuesday, January 7, 2014

Hari ke-10

Lamanya tak update diari masakan...Almaklumlah sepanjang dua minggu ni saya sibuk mengulang kaji pelajaran dan bekerja...kira bz tahap dewalah ni...hehehe

Ibu mertua terasa nak makan Apple Crumble minggu lepas...Jadi, saya pon google search resipi apple crumble..Resipi ini saya ambil dari blog Periuk Tanah...cuma tak sempat ambik gambar aje...tapi  memang sedap...Mak mertua kate sedap dan tak manis sangat...anak-anak buah pon suka...Saya yang jenis tak bape suka makan ni pon suke juga apple crumble ni...pendek kate memang sedaplah...Komen dari Cinta Hati dia kate sedap...♥♥♥

Dengan bantuan daripada anak-anak buah tersayang Aina dan Azri akhirnya siaplah Apple Crumble seperti yang diingini. :))

Resipi Apple Crumble dari blog Periuk Tanah (Tq K.An utk resipi ini)

Bahan-Bahan
Intinya
4 biji epal hijau, dikupas kulit dan dipotong dadu (saya guna 5 epal hijau)
1 biji buah lai (XL-kalau saiz kecil, guna 2 biji) - dikupas kulit dan didadu juga (saya tak letak buah lai guna buah epal yang ada aje)
1/2 cawan gula
1/3 cawan air
1 batang kayu manis (1 inci)


Cara membuatnya :
  1. Campurkan buah-buahan tadi di dalam periuk. Asingkan 1 cawan dan ketepikan dulu. Masukkan gula, air dan kulit kayu manis ke dalam periuk dan masak inti menggunakan api sederhana.
  2. Apabila mendidih kacau sentiasa inti, hingga sebati. Apabila epal hancur dan hampir pekat, keluarkan kulit kayu manis dan masukkan 1 cawan buah epal tadi ke dalam periuk (supaya inti ada rasa rangup apabila dikunyah).
  3. Apabila inti pekat, tutup api dan ketepikan dulu.
Bahan-bahan 'Crumble':
1 1/2 tepung gandum
100 g margerin (saya guna butter)
1 cawan nestum original dewasa

Cara-cara membuatnya :
  1. Masukkan tepung dan margerin ke dalam mangkuk. gaul ramas menggunakan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.
  2. Masukkan nestum dan gaul rata.
  3. Sediakan loyang. Lenserkan dengan margerin. Panaskan oven ke suhu 180 darjah api atas dan bawah.
  4. Ambil 1 1/2 cawan adunan crumble dan ratakan di dalam loyang. Jangan ditekan. Masukkan ke semua inti dan ratakan. akhir sekali ambil lebihan 'crumble dan ratakan menutupi semua inti. 
  5. Masukkan loyang di rak bawah sekali dan bakar dan bakar lebih kurang 20 minit pada 190 darjah atau hingga Apple Crumble berbau wangi.
  6. Apabila masak, sejukkan sebelum dipotong dan dihidang bersama sos kastard.
Cara membuat Sos Kastard:
  1. Masukkan 1 tin susu cair, 2 sudu besar gula dan 2 sudubesar tepung kastard di dalam blender.
  2. Kisar selama 1 minit.
  3. Tuang ke dalam kuali atau periuk dan masak sehingga hampir pekat.
  4. Gunakan api yang perlahan dan kacau sentiasa agar tidak hangus. 
  5. Jangan masak hingga pekat sangat, agak-agak cantik dituang ke atas Apple Crumble.


Thursday, December 19, 2013

Hari ke-9

Hari ini rasa kenyang sangat... Penangan makan di DoubleThree semalam... Sebenarnya kami dapat voucher makan ini daripada abang dan kakak ipar...siap ugut lagi suruh pergi...kalau tidak pergi takkan bertegur sapa selama setahun...hehehe...layankan ajelah:)
Makanan di sini dibahagikan kepada 4 bahagian, masakan Melayu, China, India dan Barat. Boleh tahan sedap jugaklah makanan di sini sampaikan tak larat nak jalan...hehehe

Jadi, hari ini hanya masak bubur nasi halia sahaja...Sebab Cinta Hati cakap masih kenyang cuma rasa tak sedap perut aje...Resipi masak bubur nasi sama macam bubur nasi yang lain...Letak beras, air, garam cuma saya tambahkan sedikit halia dalam bubur nasi dan masak sehingga jadi bubur...hehehe...Kemudian, saya gorengkan ikan bilis, bawang, kacang dan letak cili sebab saya sukakan ada rasa pedas dalam bubur nasi yang saya makan... Kalau nak tambah lauk atau selebihnya terpulang kepada citarasa masing-masing untuk mempelbagaikannya...Bagi saya dan cinta hati bubur nasi yang macam ni pon cukup untuk kami berdua

Bubur Nasi Simple


Tuesday, December 17, 2013

Hari ke-8

Smlm projek memasak tidak dapat dilaksanakan...Pagi semalam cinta hati suruh panaskan aje spageti kemarin...Dia sarapan spageti sampai tambah 3 kali...Nampaknya penangan spageti memang betul-betul dasyat...hehehe...Selepas itu, kami berkumpul di rumah ibu mertuaku untuk rancangan bersiar-siar ke Bukit Tinggi membawa mak tok, ibu saudara dan sepupu cinta hati yang datang dari kampung....:)

Bukit Tinggi

Ok, kita sambung balik tentang projek memasak saya...Hari ini merupakan hari kelapan projek memasak saya... Seminggu sudah berlalu... Hari ini sarapan jemput-jemput kentang...Cinta hati memang suka sangat makan jemput-jemput kentang ni...Jemput-jemput buatan saya ini mewah dengan kentang, ikan bilis dan bawang...Taraa.. Inilah hasil jemput-jemput kentang buatan saya.:))


Resipi Jemput-Jemput Kentang
2 biji kentang (dipotong kecil)
1 biji bawang besar (Diracik halus)
segenggam ikan bilis
2 cawan tepung gandum
sedikit air
Garam secukup rasa

Cara-cara Membuatnya
  1. Masukkan tepung, kentang, bawang, ikan bilis, garam dan air. Gaul rata semuanya sehingga sebati.
  2. Panaskan minyak. 
  3. Goreng jemput-jemput sehingga masak dan kekuningan.
  4. Angkat dan hidangkan.



Monday, December 16, 2013

Hari ke-7

Hari ni rasa macam nak makan spageti...Jadi kirim kat cinta hati bahan-bahan nak buat spageti...
Tarra...inilah hasilnya:)


Cinta hati bagi 200 bintang...yahooo...Namun apa yang penting cinta hati suka...dan bila tengok dia makan tambah sampai 3 kali itu sudah cukup membahagiakan bagi seorang isteri...tak perlu kata apa2 rasanya penat lelah memasak tu berbaloi-baloi...hehehe

Resipi Spageti Bolognese 

Bahan-bahan
1 paket spageti (direbus sehingga lembut)
400 gram daging kisar
1 tin cendawan butang
1 batang lobak merah ( dipotong dadu)
4 biji tomato (dipotong dadu)
2 biji labu besar (dikisar)
10 ulas bawang putih (dikisar)
1 tin tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan air
sedikit minyak masak
2 sudu oregano
garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bawang besar dan bawang putih yang dikisar. Goreng sehingga wangi.
  2. Masukkan daging kisar dan kacau rata.
  3. Masukkan tomato puri , lobak merah yang dipotong dadu dan sedikit air.
  4. Kemudian, masukkan sos cili, sos tomato, cendawan butang, tomato yang dipotong dadu dan garam.
  5. Kacau dan biarkan sehingga pecah minyak.
  6. Masukkan serbuk oregano.
  7. Angkat dan tuang di atas spageti.


Sunday, December 15, 2013

Hari ke-6

Baru sahaja balik dari Kenduri Aqiqah & Kesyukuran Amalina Azalea Farahannah...Dapat pulak berkat, jadi nampaknya hari ni projek memasak tak jadi lagi...Seperti yang dijanjikan saya akan pos gambar kek red velvet yang hasilkan..Kek ini dibuat khas untuk Alyssa...Slmt hari lahir Alyssa..Aunty Vee harap Alyssa sukakannya....

Kek Red Velvet (Rose Swirl)

Untuk cupcakes red velvet...ramai yang puji dan tanya tadi sape yang buat...hehehe...siap kate makan satu tak cukup nak makan lagi...Alhamdulillah ramai yang menyukainya...Sbb saya ni jenis tak berapa suka makan kek.. suka buat dan tengok orang makan sahaja...:) Ok sampai di sini dulu....

Saturday, December 14, 2013

Hari ke-5

Hari ini tak sempat nak memasak...Masih menyiapkan kek dan kek cawan red velvet...Jadi hari ni cinta hati makan kek cawan jelah...Dia kate sedap...leh makan lagi...hehehe....

Taraaa...Inilah hasil kek cawan red velvet yang saya hasilkan, comel tak???


Ini pula hasil 200 kek cawan red velvet untuk kenduri aqiqah  Amalina Azalea Farahannah esok...

Skrg ni belum selesai mendeko kek red velvet..cadang nak deko macam rose swirl tapi tak taulah jadi ke tak...kalau dah siap nanti saya pos kat sini kay...Ok sampai di sini dulu...Selamat Malam:)


Friday, December 13, 2013

Hari Ke-4

Hari ini terlalu sibuk menyiapkan cupcakes untuk kenduri hari Ahad ini...Jadi, hanya ini sahaja yang dapat dibuat untuk cinta hati saya...Tu pon dengan menggunakan puff pastri kawan....Tak sempat nak menguli pastri sendiri...Tapi takpelah sekurang-kurangnya usaha untuk memasak hari ni tercapai jugak...hehehe


Saya cuma tambah sardin sebagai intinya...Kalau nak pakai tuna pon bole...Ikutlah citarasa masing-masing nak bubuh inti apa...Kemudian bakar di dalam oven 175 darjah lebih kurang 10 minit atau sampai kekuningan..Taraa inilah hasilnya...

Karipap Sardin


Hidangan ni sesuai untuk minum petang...Cinta hati bagi 100 bintang...hihihi...Agaknya dia pon dah tak tau nak bagi bape bintang dah...Walau apa pun seronok tengok cinta hati saya makan...Esok operasi mendeco kek cawan & kek red velvet ngan cream cheese frosting... Smpi sini dulu...Slmt Malam :))